Vol. 13 (2017): International Journal of Social Policy and Society Volume 13 2017
Articles

Jenayah Dan Juvana Pengalaman Sebenar

Nik Hasnaa Nik Mahmood
Universiti Teknologi Malaysia
Maslin Masrom
Universiti Teknologi Malaysia
Wan Normeza Wan Zakaria
Universiti Teknologi Malaysia
Nor Raihana Mohd Ali
Universiti Teknologi Malaysia
Rossilah Jamil
Universiti Teknologi Malaysia
Othman Zainon
Universiti Teknologi Malaysia
Shahabuddin Amerudin
Universiti Teknologi Malaysia
Al Azmi Bakar
Institut Sosial Malaysia
Dana Zulkeefly
Institut Sosial Malaysia
Khor Siew Yee
Institut Sosial Malaysia
Loh Siew Lik
Institut Sosial Malaysia

Published 19-11-2019

Keywords

  • Juvana,
  • Jenayah Juvana,
  • Teori Jenayah,
  • Faktor-faktor Sosial,
  • Program Intervensi,
  • Program Keadilan Restoratif Juvana
  • ...More
    Less

Abstract

Jenayah juvana masih kekal menjadi penyumbang kepada peningkatan indeks jenayah di Malaysia yang mana jika tidak dibendung boleh memberi kesan kepada pembangunan sosial, modal insan dan kesejahteraan negara. Ini terbukti dengan peningkatan kes jenayah juvana sebanyak 113%, iaitu daripada 5,125 kes pada tahun 2010 kepada 10,931 kes pada tahun 2014. Kertas kerja ini membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada jenayah juvana daripada perspektif dan pengalaman sebenar juvana di dua buah sekolah di Melaka dan Kedah. Temubual separa berstruktur telah diadakan di sekolah tersebut antara bulan Oktober hingga Disember 2015, melibatkan 49 responden. Data temubual kemudiannya telah dianalisis menggunakan kaedah kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan faktor-faktor seperti kekeluargaan, tahap ekonomi keluarga, kualiti hubungan kejiranan, persekitaran infrastruktur dan kemudahan ke kawasan kediaman, rakan, isu sekolah dan keciciran pelajaran, kurang penerapan spiritual, faktor teknologi maklumat/ gajet/ media sosial,dan faktor kendiri merupakan penyumbang utama jenayah juvana. Selari dengan dapatan kajian ini, beberapa program intervensi dicadangkan bagi mencegah dan memulih jenayah juvana berdasarkan tujuh falsafah program intervensi yang efektif iaitu pemantauan, pencegahan, disiplin, pembangunan kemahiran, program restoratif, kaunseling dan pembinaan hubungan. Program intervensi baru, yang masih belum diperkenalkan di Malaysia dan penambahbaikan program sedia ada dicadangkan dengan menitikberatkan elemen perkongsian tanggungjawab. Program intervensi ini dibahagikan kepada lapan kategori iaitu program untuk keluarga, pesalah juvana, komuniti, sekolah, fizikal dan infrastruktur, kepolisan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan program keadilan restoratif juvana. Program keadilan restoratif juvana merupakan program baru yang melibatkan penilaian semula polisi perundangan berkenaan dengan keadilan juvana di Malaysia dan selari dengan kehendak konvensyen mengenai hak kanak-kanak 1989.