Pendiskriminasian Dan Stigma Masyarakat Ke Atas Bekas Banduan Di Malaysia

Authors

  • Mohd Alif Jasni Universiti Utara Malaysia
  • Siti Hajar Abu Bakar Ah Universiti Malaya
  • Jal Zabdi Mohd Yusoff Universiti Malaya
  • Khairiyah Md Shahid Universiti Teknologi Mara
  • Noralina Omar Universiti Malaya
  • Zaiton Azman Universiti Malaya

Keywords:

Stigma, pendiskiriminasian, masyarakat

Abstract

Pendiskriminasian dan stigma masyarakat telah didapati menjadi salah satu faktor peramal yang menggagalkan bekas banduan untuk berintegrasi dengan baik apabila dibebaskan dari penjara. Kesan daripada pendiskriminasian yang menyebabkan bekas banduan berasa terpinggir dan dipulaukan apabila pulang ke tempat asal. Penolakan dari masyarakat tempat asal menyebabkan bekas banduan ini gagal berintegrasi dengan lancar dan cenderung untuk terlibat semula di dalam kehidupan jenayah. Temu bual mendalam telah dilakukan ke atas 19 orang bekas masyarakat banduan tanpa mengira jenis kesalahan lepas yang dilakukan. Analisis kajian telah membawa pengenalpastian kepada tiga situasi berikut apabila responden yang pengulanglaku jenayah ini berada di dalam komuniti; (1) disisih atau tidak diterima oleh jiran kediaman, (2) jiran-taulan langsung tidak mahu mengambil tahu kehadiran mereka, dan (3) mereka dilabel dengan pelbagai panggilan yang memalukan. Dapatan empirikal yang diperolehi ini dapat membawa kepada
cadangan sebuah program yang bersifat kemasyarakatan yang boleh dilaksanakan dalam menyatukan bekas banduan dengan komuniti sebaik dibebaskan.

Downloads

Published

19-11-2019