Integrasi Ilmu Naqli Dan Aqli Di Dalam Sistem Pengurusan Keselamatan Kajian Pelaksanaan Pengurusan Konvensional Dan Pengurusan Islam

Authors

  • Rozaimi Kamarudin Universiti Sains Islam Malaysia
  • Al Uyuna Mohd Amin Universiti Sains Islam Malaysia
  • Mohd Saifullah Zulkapli Universiti Sains Islam Malaysia
  • Syafaat Sapari Universiti Sains Islam Malaysia

Keywords:

Integrasi Ilmu Naqli Aqli, Pengurusan Konvensional, Pengurusan Islam

Abstract

Pengurusan merupakan salah satu aspek penting yang diberikan penekanan dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah organisasi melibatkan proses perancangan, pengagihan tugas kakitangan, pembuatan keputusan, dan pengawalan operasi organisasi. Penerimaan model pengurusan masakini adalah lebih kepada teori pengurusan konvensional yang hanya merujuk kepada rasional akal pemikiran manusia dalam menghuraikan fakta, kaedah dan fenomena semasa yang diketengahkan dalam mencapai matlamat pembangunan pengurusan organisasi. Oleh yang demikian sistem pengurusan konvensional yang dilaksanakan adalah perlu ditambahbaik dengan mengintegrasikan Ilmu Naqli dan Aqli bagi mewujudkan pengurusan yang seimbang dan berasaskan syariah sekaligus menghasilkan kualiti dan budaya kerja yang sempurna (syumul). Kajian ini dijalankan ke atas beberapa kakitangan pentadbiran Universiti dan kakitangan keselamatan di USIM. Objektif kajian adalah untuk menganalisis pelaksanaan budaya kerja dan pengurusan pentadbiran secara konvensional atau terdapat elemen syariah di jabatan keselamatan USIM. Kajian ini mensasarkan wujudnya satu kerangka model ke arah mewujudkan tadbir urus Keselamatan berdasarkan integrasi Naqli dan Aqli di USIM.

Downloads

Published

19-11-2019