Tinjauan Terhadap Pengurusan Pengambilan Pekerja Di Pusat Jagaan Kajian Kes Di Kawasan Puchong, Klang Dan Petaling Jaya 2018

Authors

  • IJSPS Admin

Keywords:

Perkhidmatan sosial, kebajikan, perkhidmatan penjagaan, tenaga kerja dan pekerja asing

Abstract

Perkhidmatan sosial di negara ini yang menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk memenuhi keperluan golongan tertentu telah berkembang dengan begitu pesat sekali khususnya dalam bidang kebajikan. Pelbagai institusi kerajaan dan swasta ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan penjagaan, perlindungan dan latihan kepada golongan sasaran tertentu seperti Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, kanak-kanak termasuklah yang terbiar, remaja yang terdedah kepada kerosakan akhlak dan juga kalangan keluarga yang ditimpa oleh pelbagai masalah sosial. Kebelakangan ini, terdapat peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan penjagaan bagi kanak-kanak, OKU dan warga emas terutamanya di kawasan bandar. Isu yang mula timbul ialah kekurangan dari segi pekerja terutamanya pekerja tempatan bagi melaksanakan kerja-kerja am kategori 3D (dirty, dangerous, difficult) di pusat-pusat jagaan tersebut. Kekurangan tenaga kerja ini telah mewujudkan keperluan bagi pengusaha menggaji pekerja asing walaupun pengambilan pekerja asing bagi sektor ini dibekukan oleh pihak kerajaan. Kajian ini bertujuan untuk meninjau hal ehwal berkaitan pengambilan pekerja di pusat jagaan. Kajian ini mengambil kaedah kajian kes dalam mengenal pasti profil pekerja yang diambil oleh pengusaha  pusat jagaan serta bidang tugas yang dilakukan oleh pekerjapekerjatersebut. Kajian ini juga bagi melihat persepsi pengusaha pusat jagaan mengenai pengambilan pekerja warga asing.

Downloads

Published

19-11-2019