Tahap Penerimaan Amalan Gender Dari Sudut Sosial Dalam Kalangan Warga Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat Serta Agensi-Agensi Di Bawahnya
Keywords:
Gender, Kesaksamaan Gender, Penerimaan SosialAbstract
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap penerimaan amalan gender dari sudut sosial dalam kalangan warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan masyarakat serta agensi-agensi di bawahnya. Responden seramai 2,656 orang adalah terdiri daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41-54) dan kumpulan Pelaksana (Gred 1-40). Pendekatan kuantitatif melalui kaedah survei secara atas talian (online survey) telah dilaksanakan untuk tujuan pengutipan data. Hasil kajian mendapati aspek penerimaan amalan gender dari sudut sosial membuktikan responden terdedah kepada amalan gender yang berkesan sejak kecil terutama berkenaan peranan gender di rumah. Secara keseluruhannya, tahap penerimaan amalan gender dalam aspek sosial adalah seimbang di mana sosialisasi di pejabat tidak menjadi cabaran utama untuk berinteraksi dengan kakitangan berlainan jantina sama ada sebagai ketua, rakan sekerja atau pekerja bawahan.